The New Year

 Assalamualaikum semuaaa.

                                 
   Akhirnya sebuah tahun yang menyimpan pelbagai episod suka dan duka dalam kehidupan telah melabuhkan tirainya.2014 berlalu menandakan meningkatnya usia seseorang, bertambah luas pengembaraan dalam menimba pengalaman, menambah cara pemikiran dan kematangan seseorang. Dalam 2014 je, terlalu banyak yang terukir dalam sejarah diri, negeri, ataupun negara. Seperti yang kita semua sedia maklum, kehilangan pesawat MH370 pada Mac 2014 meresahkan ramai warga dunia. Bayangkanlah, sampai awal tahun 2015 pun masih belum ditemui. Macam manalah keadaan penumpang2 pesawat masa nak terhempas tu ek? Tak dapat aku nak bayangkan detik2 akhir penumpang2 tu. Huh, seramm. 

   Lepastu, negara digemparkan pula dengan pesawat MH17 yang hilang daripada radar semasa melalui wilayah bergolak. Pesawat tu dalam perjalanan dari KL menuju ke Amsterdam jatuh terhempas di timur Ukraine dekat dgn sempadan Rusia. Alhamdulillah, mayat2 dijumpai. Dijumpai semua ke atau jumpa semua eh? Wallahualam, aku pun tak berapa tahu sangat fasal berita ni, maaf kalau ada yang salah. Cuti sekolah kali ni pula, negeri2 pantai timur ada yang terjejas, especially Kelantan, dan beberapa negeri yang lain. Masa gelombang pertama, still okay lagi. Tapi bila banjir gelombang kedua ni, air naik mendadak. Habis tenggelam rumah2 semua. Allahuakbar. Kalau korang ada tengok berita, keadaan banjir kat sana... fuh aku tak dapat nk gambarkan macam mana susahnya hidup bila banjir. Terputus hubungan, bekalan makanan takde, baju2 takde, tu belum kira dokumen2 penting macam sijil lahir ke, IC ke... manalah tau kalau ada mangsa banjir lupa bawak sebab panik bila banjir kan... apa2pun, semoga mangsa2 banjir dipantai timur tabah menghadapi hari2 yang digelumangi air. Harapnya dengan bantuan daripada rakyat negeri lain dapat meringankan beban kalian semua, Insya-Allah. 

   Cerita aku pula sepanjang tahun 2014? Banyak. Banyak sangattt tak cukup page nak tulis nih hahaha. First time masuk sekolah menengah, not too bad. Dapat kelas KRK SM1 tu, tersemat banyak kisah kelakar, suka dan duka. Yang kelakarnya? Adalah. Yang sukanya? Banyak. Yang dukanya? Sikit, kot. Lepasni umur aku dah 14 tahun. Cepatnya masa berlalu. Pejem celik, eh eh dah nak habis cuti? Pejam celik, eh dah buka sekolah? Pejam celik lagi, eh dah mid-year? Betul, masa memang pantas berlalu. Tentang result akhir tahun aku, alhamdulillah okey je. Tapi aku tak cukup berpuas hati dengan keputusan nih! Kena pukul lagi Ain! Yaa. Aku kena usaha lebih kuat lagi. Doakan aku, :) I'll try my best for my great future, hekhek. 

   Walau apapun yang terjadi tahun lalu, lupakan dan mulakan hidup baru. Macam tagline biasa bila sampai tahun baru, "tutup buku lama, buka buku baru," Harapnya 2015 membawa sinar kebahagiaan, keceriaan dan kejayaan dalam kehidupanku, dan juga buat ramai orang. Insya-Allah. Buatlah yang terbaik dalam tahun ini. Ibu aku cakap, nak buat yang terbaik tak payah tunggu new year baru nak buat, kalau kita memang nak buat sekarang, buat sekarang. Jangan tangguh-tangguh. 

   2015, be nice to us. Jangan lupa, kalau ikut tahun Hijrah, kita dah bulan berapa? Kita dah lama menyambut Awal Muharam.