Sudah berbulan aku tak meng'update' blog. amacam? tak rasa sunyi ke? Ahahahaha well i know actually there's no one ever missed me. i mean, missing my post on my pinky blog. kan? kan? kan? dah agak dah. blog yang bersarang lelabah ni manalah ada pembaca setia. 'merapu je memanjang, memanglah takde orang suka baca!'kata seseorang pelawat blog aku. heheheh. maaff. saya kurang minat menulis karangan format menggunakan ayat sastera. eh mana ada, sayaa minat lah! tapi malas lah nak guna dalam blog ni. biarlah penggunaan ayat dalam blog ni mesra alam, tak payah berformal sangatlah. bukannya ada perdana menteri, menteri besar hatta sultan pun nak baca post aku nii, hahahaahahah. biarlah hamba kekal menjadi diri hamba. hamba bukannya bersikap nafsi, tetapi untuk mengelak diri daripada menjadi insan yang evasif seterusnya bertukar sebagai manusia hedonisme, dan itulah signifikannya hamba meledakkan kata-kata ini. huhu.
selamat datang bulan november! (yakni bulan ke-11 dalam kalendar masihi, bulan second last sebelum 2015 berakhir, bulan yang spm dah start, bulan yang budak sekolah dapat result exam dan bulan berjumpa kawan baik) hahahahaahha. okaylah. hari ni dah 7/11/2015. 7 NOV? ya Allah kenapa cepat sangatttt. :( saya belum ready untuk pititeri #PT3! saya takut. banyak benda kena bacaaaa. daripada form 1 sampai form 3 nantii ohh tidakkkkkkkkk! saya tidak merestui kedatangan oktober'16 :( saya tak bersediaa. doakan aku supaya bersikap rajin dan berjaya dengan cemerlang dalam setiap exam nanti tau. insya-Allah. amiin terima kasih! aku sebenarnya excited sikit nak mulakan next year. agak gementar pun ada jugak. ye la dah 2 years tak berdebar untuk amik peperiksaan besar, ofkos tahun depan aku jadik nerves gila. huhu huru hara aku nak kejar masa. tahun ni, kita rileklu. hahahahha *ciri-ciri pelajar yang next year bakal menduduki peperiksaan penting* xD
k la k la,. ekceli aku dengan rajinnya harini mengupdate blog adalah untuk menghabaqkan kat hangpa semua pasal sktr buat kenduri karnival usahawan dan usahawanita. xD disebabkan aku dan atiqah beria-ia untuk berjumpa each other, so kitorang berpakat la untuk berjumpa kat sekolah saksi persahabatan kami, iaitu sekolah kebangsaan taman rakan. tenenenett. ayat drama tak? hehehehe! sktr tak banyak perubahan, cuma ada penambaham dataran berbumbung, yang batch kitorang tak sempat merasa tu ha, uhukss. ada banyak la yang dijual kat sana, cam kuey tiau, sengkuang calit tu, pastu ada mainan budak kecik, pastu ada rumah hantu, aa lagii ada jual marshmallow coklat, aiskrim, ais blended, belon buih tuu, amende tah namanya. kena bayar rm4 untuk main. pastu ada jual donut mini coklat, ah banyak sangat la nak tulis. oh ya vespa ala-ala zaman 80-90 an pun ada. cikgu barirah jaga kat situ dengan cikgu salhaliza. kalau nak naik dengan amik gambar kenaa bayar rm3.00. ok la tu, kot? tak mahal kot rasanya. affordable la, bak kata orang jawa. ahahaahhaha.
dah hampir setahun tak jumpa atiqah. nak menangis la jap. *kenang zaman dulu, zaman paleolitik* lepas setahun tak jumpa, akhirnya rindu telah terubat. ahahahahah. *ayat cliche* ye la rinduku telah terubat lepas dah berkurun berabad tak jumpa kann. atiqah dah semakin putih melepak seputih kain kapas. nampak lawa nampak lawa dia pakai nv. eh tak la, qu puteh qu puteh baru lah putehhhh! xD aku je yang semakin menggelap. selepas darjah 5 camtu, aku dah semakin gelap dan menghitam. aduh sakitnya tuh disinii. tau tak pasaipa? sebab main bola jaring! ah menyampah aku. sampai sekarang muka aku berbelang. sebelah bahagian pipi putih sebelah lagi hitam cam pfftt -..-
so kitorang pun spend time la together, pergi beratur kat rumah hantu selama sejam tapi tak masuk pun, buang masa betul. cikgu kata hantu nak berehat la, turn hantu kecik la, aduhai aku masa tu dahla dengan panasnya, pastu penat beratur panjang, dengan insan lain yang tak berdisiplin potong lain, hey aku time tu cam nak sound je kat budak2 yang potong barisan tu. ikut suka hati dia je nak memotong. ingat dia ada share kat rumah hantu tuh? nasib baik diorang dalam umur 16/17 camtu, kalau tak...hmm masuk suratkhabar aku kerjakan. ahahhahahahahaha takdelah, aku bukan gengster jalanan yang sesukahati nak bedal orang. jangan takut ye, saya bukannya kak milah yang sado nak tumbuk orang.
round punya round tengok apa bende yang dijual, kitorang pun balik. ramai ex-school mate yang kitorang jumpa, tapi masing-masing cam buat2 tak kenal. aku sengih je. biasalah tu, bila dah besar, dah sekolah lain2 mesti segan nak bertegur kan. so i just dont care. lepas pekena air soya, ais blended, marshmallow dll, dalam pukul 12.50 kitorang pun balik. aku tumpang atiqah sebab ayah aku keje. atiqah cakap, "alaa in a whole year, kita dapat spend time sama-sama dalam 3 jam je. setahun 3 jam. bukannya setahun sehari," aku pun mengiakan. betullah tu. kitorang jumpa pukul 10, balik pukul 1.00 camtu. sedih, kan? maka dengan itu banyaklah gambar selfie yang sempat kitorang rakamkan. huhuhu.
aku ingatkan nak share la gambar tu, tapi dah nak maghrib pulak, lagipun banyak gambar tu ada dalam fon atiqah. nanti dia dah bagi gambar tu, aku letak dalam blog ni ek. itupun kalau aku ingat, kalau aku tak ingat aku tak upload la dalam blog heeheheh sorry!
i got to go. see you again!
p/s: atiqah, please read thisss. i'm pretty sure you'll frankly getting upset. terharu tak? hahahah
